| auto | auto |
| henti | break |
| kes | case |
| aks | char |
| tetap | const |
| terus | continue |
| sedia | default |
| buat | do |
| langit | double |
| lain | else |
| turut | enum |
| luar | extern |
| apung | float |
| untuk | for |
| ke | goto |
| jika | if |
| int | int |
| besar | long |
| daftar | register |
| kembali | return |
| kecil | short |
| bertanda | signed |
| saiznya | sizeof |
| statik | static |
| struk | struct |
| alir | switch |
| jenis | typedef |
| gabung | union |
| tiadatanda | unsigned |
| bebas | void |
| kacir | volatile |
| selagi | while |
Penjelasan kepada beberapa katakunci yang digunakan
1. Dua katakunci dipendekkan iaitu aksara menjadi aks dan struktur menjadi struk, mengikuti gaya katakunci asal iaitu char dan struct. Katakunci int diguna sama seperti katakunci asal yang dipendekkan daripada perkataan integer.
2. Bahasa pengaturcaraan C direka mengikut konteks aliran arahan didalam mikroprosesor. Oleh itu katakunci return, break, continue, goto dan switch dialihbahasakan kepada kembali, henti, terus, ke dan alir.
3. Katakunci void dialihbahasakan kepada bebas merujuk kepada kegunaannya didalam fungsi yang tidak kembali. Katakunci void juga digunakan oleh petunjuk (pointer) yang tidak mempunyai jenis (void * => bebas *). Saya tidak memilih perkataan hampa atau kosong kerana perkataan-perkataan tersebut mempunyai maksud yang negatif.
4. Katakunci long dan short dialihbahasakan kepada besar dan kecil dan bukannya panjang dan pendek kerana ianya merujuk kepada nilai nombor yang besar atau kecil. Kita tidak mengatakan sesuatu nombor itu panjang atau pendek.
5. Katakunci float dan double dialihbahasakan kepada apung dan langit. Ini adalah rumit untuk dijelaskan. Float dan double merujuk kepada medan nombor diantara yang sekecilnya kepada yang sebesarnya. Nombor yang berjenis float dan double mempunyai kejituan yang terhad. Double mempunyai kejituan dua kali ganda daripada float. Penggunaan katakunci apung dan langit membayangkan sesuatu nilai yang terapung dimana kejituan nilai yang sebenarnya ditentukan oleh komputer. Katakunci langit membayangkan kejituan yang tinggi.
Konteks alihbahasa
Selalunya buat pertama kalinya sesuatu istilah itu digunakan kita mungkin akan terasa janggal. Lama kelamaan istilah itu akan menjadi biasa. Saya membuat alih bahasa ini mengikut konteks C dan bukannya melulu dari Inggeris ke bahasa Melayu. Saya telah menggunakan bahasa pengaturcaraan C sejak dari tahun 1989. Namun demikian kita masih belum mempunyai bahasa pengaturacaraan C didalam bahasa Melayu maka katakunci-katakunci yang diberikan disini masih belum lagi diuji penggunaannya.
Kompilar M
Saya bercadang untuk mengalihbahasakan kompilar (compiler) TCC ke bahasa Melayu. Saya memilih TCC kerana saiznya yang kecil. Ia tidak semudah mengalihbahasakan katakunci. Mesej-mesej sewaktu kompilasi juga perlu dialihbahasakan. Saya sedang membuat beberapa utiliti untuk membantu dalam kerja-kerja mengalihbahasa kompilar. Bahasa pengaturcaraan C yang dialihbahasakan nanti akan dikenali sebagai M.
Lihat Juga
Bahasa Aturcara Komputer Melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan